Proses submit pelan untuk kelulusan PBT

Geran tanah dalam status tiada sekatan

Memastikan geran tanah tiada apa-apa sekatan . Contohnya, berkenaan status tanah seeloknya dalam status bangunan . Di bahagian penama geran pula, seeloknya penama pemohon seorang. Jika penama ramai, perlu buat akuan sumpah bagi proses permohonan kelulusan PBT. 

Beli cabutan hakmilik yang terkini dari Pejabat Tanah

Carian rasmi yang terkini berkenaan hakpemilikan tanah. 

Salinan Kad Pengenalan

Mengemukakan salinan IC kepada pelukis pelan/ arkitek . Perlu diingatkan , IC yang dikemukan adalah hendaklah individu yang sama dengan pemegang/penama di dalam geran. 

Lakaran konsep utama

Lakaran konsep utama, merupakan lakaran awal tentang susun atur ruang – ruang yang diperlukan oleh client . Arkitek akan membuat susun atur ruang ke atas size tapak yang dicadangkan mengikut syarat-syarat setback yang telah ditetapkan oleh PBT. 

Step pembangunan design merupakan perkembangan design daripada draft awalan tadi mengikut size sebenar setiap ruang di atas tapak . Di stage ini biasanya arkitek akan menyediakan gambaran sebenar setiap sisi rumah. Sesetengah arkitek akan menyediakan gambaran 3D bagi memudahkan client untuk visualise bentuk keseluruhan bangunan yang akan dibina nanti! 

Contoh pandangan – pandangan sisi yang dicadangkan . 

Contoh cadangan pandangan 3D 

Details design drafting

Sebelum memulakan design drafting, arkitek akan menasihati client agar “lock” design , jika tiada apa-apa perubahan. Dengan ini proses menyediakan working drawing akan lebih lancar disamping menyediakan dokumen dan borang berkaitan untuk keperluan PBT .  Di stage ini, mungkin arkitek memerlukan sedikit lebih masa! memandangkan perincian dan dokumentasi adalah banyak dan sangat details . Lagi- lagi melibatkan juga submission online (KM & PB) dan submission fizikal(KM & PB) 

Dokumen upload online untuk Kebenaran Merancang

Dokumen upload online untuk Pelan Bangunan 

Kebiasaannya, submission online mengambil masa untuk lulus 2 minggu ke  1 bulan , bergantung kepada queue files dan PBT setempat. Setelah membuat kesemua bayaran (KM & PB, )  dan lulus online, barulah, boleh datang untuk  submit hardcopy secara walk-in. 

 

Kemudian, tunggulah sehingga surat kelulusan keluar . Kebiasaannya , PBT mengambil masa 1 bulan – 3  bulan(paling lewat) untuk meluluskan sesuatu file . Ini kerana pihak PBT akan meneliti dan meeting beberapa kali untuk sesebuah projek. Pihak arkitek akan sentiasa follow up pihak PBT berkenaan status file tekini untuk dimaklumkan kepada client. 

Pelan Lulus !

Pelan lulus, pihak PBT akan minta untuk membuat bayaran ISF, dan akan release sijil kelulusan dan pelan yang telah dicopkan kelulusan. Dalam tempoh ini, client boleh lah menggunakan dokumen ini untuk memohon pinjaman yang berkaitan dan sebagainya. 

Seterusnya…. kite rungkaikan tajuk untuk dapatkan Papan Tanda di PBT, untuk memulakan kerja-kerja di tapak . Jumpa anda di episod seterusnya, ok?  . 

 

Sharing by: 

Shai (013-4567487) 

Arkitek idaman anda 😉 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top